0

Cart

Pasaraya yang ada di negara ini umpama tumbuh bak cendawan. Bagaimanapun setiap satu pasaraya ada tarikannya yang tersendiri, begitu juga di Raudhah Grocer.

Di sini kami senaraikan antara kelebihan dan keunikan yang ada di pasaraya ini!

1. Mengutamakan produk keluaran Muslim

Kebiasaannya kalau nak jumpa produk-produk Muslim pelbagai jenama, hanya pada acara pameran halal atau pameran produk Muslim sahaja. Kalau ada di kedai-kedai runcit biasa atau pasaraya pun barangan keluaran Muslim ini agak terhad.

Namun di Raudhah Grocer barangan Muslim lebih diutamakan dan terdapat 80 peratus barangan ini dijual. Malah, ada juga barang-barang keluaran Muslim ini tidak akan dijumpai di tempat lain.

2. Status barangan yang dijamin halal

Raudhah Grocer menjual pelbagai produk Bumiputera yang diperiksa status halalnya. Dari barangan basah sehinggalah produk-produk kering, semuanya dijamin halal. Jadi senanglah nak berbelanja, tidak perlu ragu-ragu lagi!

3. Pembelian boleh dibuat secara dalam talian dengan penghantaran percuma

Bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian, Raudhah Grocer melaksanakan inisiatif penjualan produk secara dalam talian dan servis penghantaran secara percuma meliputi kawasan penghantaran sekitar 70 kilometer dari Cyberjaya.
Ini merupakan salah satu usaha yang kami boleh lakukan untuk memastikan yang anda mempunyai alternatif untuk menggunakan produk Muslim.

4. Lebih jimat dengan pembayaran menggunakan aplikasi Raudhah Prepaid

Pelanggan yang membuat bayaran menggunakan aplikasi Raudhah Prepaid akan memperoleh cashback sebanyak dua peratus untuk setiap transaksi. Bukan hanya di Raudhah Grocer, keistimewaan ini juga boleh digunapakai di setiap vendor yang ada di Malakat Mall, jimatkan!

5. Pasaraya milik pelanggan

Jika anda adalah seorang ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), sebenarnya anda adalah pemilik pasaraya ini. Kalau mahu tahu lebih lanjut, boleh ke www.KoPPIM.com.my

Jadi tidak ada sebab mengapa anda tidak mahu menyokong Raudhah Grocer kerana ia bukan sekadar sebuah pasaraya, namun ia diwujudkan sebagai satu perjuangan dalam membangunkan ekonomi Muslim di negara ini. Jom shopping sekarang!

Leave a Reply