0

Cart

1. Meningkatkan Sistem Imun & Kaya Dengan Vitamin C

Jus oren sangat baik untuk kesihatan kerana kaya dengan vitamin C. Vitamin C penting untuk sistem tubuh badan kita, terutama untuk sistem imun. Vitamin C ini juga dapat membantu sel-sel imun dalam badan untuk berfungsi dengan lebih baik.

Vitamin C juga boleh mencantikkan kulit dan boleh  mencegah demam selesema. Malah vitamin C ini juga boleh mengurangkan risiko serangan kanser.  

2. Kaya Dengan Antioksida (Anti Radang)

Selain vitamin C yang banyak, jus dari buah oren segar ini juga sangat kaya dengan antioksidan yang sering disebut sebagai anti radang. Antioksida berfungsi sebagai penghalang radikal-radikal bebas seperti asap rokok, asap kenderaan, pencemaran udara dan bahan-bahan kimia lain. Ia juga mengurangkan risiko terkena serangan penyakit seperti  strok, jantung, dan lain-lain. 

3. Mengawal Tekanan Darah

Khasiat Jus Oren segar yang seterusnya adalah untuk mengawal dan menurunkan tekanan darah. Ini disebabkan oleh bahan utama dalam jus oren itu adalah hesperidin yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah.

Menurut kajian,  pengambilan 500ml jus oren segar setiap pagi secara teratur dapat menurunkan tekanan darah dengan cepat. Amalan minum jus oren setiap pagi ini juga dikatakan sangat bagus untuk golongan pesakit darah tinggi.

4. Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Darah

Selain dari itu, khasiat Vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus oren boleh membantu untuk menurunkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL di dalam badan.

HDL dikenali sebagai kolesterol yang  baik kerana berfungsi untuk membawa lebihan  kolesterol keluar dari badan melalui air kencing.  Jadi bila kolesterol terkawal kita pun sudah tentu akan berasa lebih sihat. Badan juga akan semakin cergas dan bersemangat berbanding dulu.

5. Mencantikkan Kulit Wajah.

Khasiat jus oren segar yang paling popular adalah untuk mencantikkan kulit wajah. Kandungan Vitamin di dalam segelas jus oren itu boleh memberikan anda kulit yang cantik, sihat, gebu dan menawan.

Ia juga dikatakan dapat merangsang kolegen dan turut boleh melindungi kulit dari kesan buruk sinaran UV matahari

 

6. Tinggi Dengan Vitamin Asid Folic

Asid folik bagus untuk ibu yang mengandung. Setiap ibu yang ingin hamil juga sangat digalakkan untuk makan asid folik seawal 3 bulan kandungan kerana asid folik dapat berfungsi sebagai vitamin untuk bayi dan boleh mencegah kecacatan otak bayi. 

Kesimpulan

Pengambilan Jus Oren setiap hari terutama dalam memulakan hari anda seisi keluarga amat baik sekali. Namun anda perlu mengawal pengambilan gula. Kebanyakan jus dalam kotak dan tin mengandungi kandungan gula yang tinggi apa kata anda hasilkan sendiri jus oren segar?

Di Raudhah Grocer, terdapat Jus Oren segar dari Qushbury’s Orange Juice yang diperah istimewa dari mesin khas, tanpa gula dan pengawet.

Leave a Reply