0

Cart

Jangan peliklah kalau beg tangan wanita berat semacam! Percayalah, makin besar saiz beg, semakin bertambahlah harta karun yang akan tersimpan..Sebab itu ada yang kata wanita selalu bawa batu dalam beg tangan!

1. Tuala wanita

Tuala wanita antara keperluan terpenting buat kaum hawa. Jadi tidak hairanlah kalau benda ini disimpan di dalam bag tangan setiap wanita.

Biasanya kalau yang tidak ‘standby’ dalam beg tangan, tuala wanita ini juga selalu ada di dalam kereta atau kalau tiada dalam simpanan pun, boleh ‘pau’ kawan-kawan sepejabat!

2. Barang solek asas

Wanita dengan alat solek jarang-jarang dapat dipisahkan! Jadi memang wajiblah barang asas solekan seperti gincu, bedak kompak dan maskara ada dalam beg tangan setiap wanita, senang nak ‘touch up’ nanti!

Tapi jangan terkejut kalau ada wanita yang akan membawa semua alat solek yang dimuatkan dalam satu beg kecil dalam beg tangan mereka!

3. Gula-gula

Betullah kalau kaum lelaki kata beg tangan wanita umpama poket Doraemon sebab makanan pun antara barang yang wajib ada.

Tapi bukanlah makanan yang berat-berat, cuma makanan ringan sahaja contohnya seperti gula-gula atau coklat. Makanan ringan ini boleh dijadikan sebagai alas perut di saat-saat genting!

4. Tisu

Tisu benda pertama yang akan dicari ketika cuaca panas, mahu ke tandas dan sebab itulah ia sentiasa ada dalam beg tangan wanita.

Kalau buat kaum ibu pula, tisu basah pun akan ada dalam beg tangan masing-masing. Walaupun ada sesetengah tempat menyediakan tisu, tapi bila ia ada dalam beg tangan ia akan lebih memudahkan segala urusan kita.

5. Power bank

Tidak dinafikan power bank telah menjadi satu keperluan buat semua pengguna telefon pintar dan ia sememangnya wajib ada di dalam beg tangan setiap wanita. Boleh dikatakan ia sebagai aksesori wajib yang perlu ada tidak kira di mana jua.

Kalau nak tahu, kami di Raudhah Grocer ada juga ada menjual pelbagai produk untuk anda membuat pilihan! Bayangkan dalam satu tempat, anda boleh membeli pelbagai jenis barangan termasuklah barang-barang wajib dalam beg wanita seperti di atas! Jom shopping!

Leave a Reply