0

Cart

DUKACITANYA dimaklumkan, Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi. Demikian dikhabarkan oleh anaknya, Ustaz Firdaus.

Allahyarham adalah seorang pendakwah yang terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Beliau pernah menyandang jawatan ADUN Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Selepas menamatkan pengajian, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan UKM dan memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Allahyarham pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah di JAWI, INTAN dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan. Pada 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Leave a Reply