0

Cart

Menurut Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri,definisi PASAR dari sudut bahasa Arab adalah:

1. “Pasar adalah tempat berlakunya jual beli”
[Rujuk Lisan Al-Arab, Ibn Manzhur (10/167)]

2. ‘’Pasar adalah tempat yang didatangkan kepadanya barangan dan dagangan untuk tujuan jual beli.’’
[Rujuk Al-Mu’jam al-Wasith (1/464)]

Maka berdasarkan definisi di atas, menurut beliau, pusat membeli belah juga termasuk dalam istilah pasar ini kerana ia juga merupakan tempat jual beli pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, alatan-alatan rumah, perabot, dan pelbagai lagi barangan.

Bila anda pergi ke ‘mall’, kedai runcit dan sebagainya untuk membeli barangan, mari kita baca doa ini. (seperti yang di dalam gambar)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكُ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوتُ
بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Mudah-mudahan Allah menerima doa itu, dan Allah:

–> menetapkan satu juta kebaikan kepada kita.
–> menghapuskan satu juta kejahatan kepada kita
–> serta mengangkat kedudukan kita sebanyak satu juta darjat.

Amin aminn ya rabb.

3 Tindakan

– Download gambar ini, ‘set’ sebagai ‘favourite photos’ supaya mudah nak cari.

– Niatkan di dalam hati suka dan seronok mahu mula amalkan doa ini.

– Baca setiap kali ke kedai runcit/pasaraya/mall dan seumpamanya.

Mudah-mudahan

Leave a Reply