0

Cart

Laporan Terkini : Projek “Demi Tiada Keluarga Yang Lapar” – ZERO HUNGER.

Semalam Bantuan Anda Ini Telah Pun Sampai ke Selayang.

Alhamdulillah sehingga kini, seramai 4033 keluarga telah memperoleh bantuan.

Projek #ZeroHunger ini menyasarkan bantuan bekalan makan kepada 100,000 keluarga di Malaysia dengan kerjasama bersama Brainy Rangers Emergency Respons Team(BERT) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Misi penghantaran BERT seterusnya adalah menghantar bekalan makanan ke sekitar Lembah Klang termasuk ke zon merah iaitu di bandaraya Kuala Lumpur, Lembah Pantai, Kepong dan Titiwangsa.

Untuk rekod, setakat 5 April, sejumlah 3798 keluarga telah menerima bantuan makanan yang bernilai RM227,000. Sejumlah 23,600 bungkusan makanan bermasak telah juga dapat dihantar menjadikan jumlah bantuan keseluruhan RM345,880.

Kami pasukan operasi Raudhah Grocer akan terus berusaha
membantu sedaya upaya kami dengan bantuan anda dan mereka.

Bagi yang mahu menambah dana bantuan, layari sadaqahmarket.com.

Allah jua yang Maha Mengetahui dan Maha Membalas sebaiknya usaha kita ini. Tugas kita adalah terus berusaha. InsyaAllah.

Leave a Reply