0

Cart

Ibu sayang anak-anak. Cuma itulah, kadang-kadang penat kan.

Untuk meningkatkan tenaga dalaman untuk berasa kuat melakukan tugasan, Ini adalah 4 tips yang boleh dipraktikkan.

Menurut kajian, salah satu kuncinya adalah perlu adanya ‘Self Love’. Antara cara yang berkesan untuk menyuburkan ‘Self-Love’ adalah :

1. Guna 10-15 minit setiap pagi semasa anak masih tidur untuk mengaji, berzikir & duduk bersendirian.

2. Berdandan & peluk diri sendiri sambil berkata dengan penuh penghargaan “saya sayang awak”

3. Ambil 10 minit pada pukul 12 tengahari untuk tidur sebentar. Ini dinamakan ‘Power Nap’. Ini salah satu cara yang sangat berkesan untuk recharge tenaga kita.

4. Belajar ilmu & formula Kawal Emosi seperti ‘deep breathing’ & ‘cut negative thoughts’ sebab emosi yang tak terkawal membuatkan kita makin mudah penat.
.
.
.
Buat ibu-ibu yang dikasihi,Terima Kasih buat segalanya. Jasamu sangat besar untuk ummah ini.

“Syurga kami di bawah Telapak kakimu. Redha Allah pada kami adalah pada redha dirimu kepada kami.”

PS: Siapa sini sayang ibu dia sangat sangat sangat. Siapalah tak sayang ibu kan?
Cabaran: Komen di bawah gambar anda bersama ibu.

P.P.S Suami nak cakap thanks dekat isteri pun boleh komen dekat bawah. 

Leave a Reply