0

Cart

Admin sendiri selama ni ‘confuse’ sebenarnya macammana cara nak cari oren yang manis. Atau memang semua oren memang masam macamtu. Ikut nasib je untuk dapat yang manis(?)

Sampailah admin jumpa tips yang dikongsikan oleh seorang ‘influencer’ di Instagram nama Cik Epal. Ceritanya beliau update IG Story minta suami beliau belikan oren. Beliau pesan dekat suami pastikan beli yang _____ .

Jadi, dari tips tu, ramai yang mencuba dan menjadi!
Siap ada yang sengaja beli yang ___ sebab nak bezakan dengan yang ____
.
.
“Eh, apa main rahsia-rahsia ni. Main ‘fill in the blank’ pula kan. Bagitaulah apa tipsnya“

Okay, inilah tipsnya.

Seperti yang tuan puan nampak dekat dalam gambar,
Bila pilih oren ni, untuk dapatkan yang manis, pilih buah oren yang ‘berlubang’!

Nah, itu saja tekniknya!

Macam pelik kan. Belum cuba belum tahu.
Cuba kejap lagi singgah Raudhah Grocer atau sebagainya pilih yang berlubang tau. Ambil siap-siap ‘at least’ satu yang tak ada lubang.

Anda bezakan sendiri.

Pasti ada beza punya!

Dah berjaya, jangan lupa mesej tau. Hehe.

SHARE tips ini. Mesti ramai yang nak tahu juga.
Dapatlah kita beraya tahun ni dengan hirisan buah oren yang manis-manis belaka.
InsyaAllah.

Selamat Mencuba!

Tips Khas ini dibawakan dengan kasih sayang 

Leave a Reply