0

Cart

Kadang dah rasa tak tahu nak buat apa dah.
Macam-macam cara dah cuba buat.

Tetap lagi asyik nangis dan melawan pula tu.
Jadi apa nak buat?

Menurut Dr Taufiq Razif, seorang doktor juga ayah, dalam kajian dan pengalaman beliau, banyak cara disiplin kita boleh buat tetapi antara cara paling berkesan dan hebat adalah ‘TIME-IN’

‘TIME IN’ adalah kita :

 Duduk bersama anak kita
 Tenangkan dia
 Bagitahu yang kita tahu apa yang dia rasakan
 Dengarkan luahan mereka
 Peluk dan gosok mereka
 Selepas mereka tenang, barulah kita nasihati anak kita
.
.
Kesannya amat baik. Apabila dilakukan dengan cara yang betul, lama-kelamaan sikap menangis dan melawan akan berkurangan dan hilang.

Mereka yang rasa disayangi dan dihargai, akan mempunyai self-esteem yang tinggi. Ini membantun mereka lebih tenang, dan tidak mudah melatah, menangis bahkan melawan.

InsyaAllah.

Selamat Mencuba 

Leave a Reply