0

Cart

Salah satu tips untuk mudah kejutkan anak sahur adalah pancing dengan makanan kegemaran dia.

Sediakan menu sahur kegemaran si manja dan katakan kepadanya seperti, “Kalau Husna nak makan makanan ini, esok kenalah bangun sahur”, itu pastinya akan membuat si kecil tidur cepat dan bersemangat untuk bangun.

Aktres Faralyna Idris adalah antara yang mengamalkan tips ini dan berkesan untuk anaknya.
Anak beliau, Fira sangat suka cekodok. Jadi selain cerita tentang kebaikan bersahur, beliau berikan ganjaran dengan pancing cekodok kegemaran Fira.

Anda pula? Apa cara yang anda buat untuk mudah kejutkan anak sahur?

PS; Banyak lagi tips. Nanti kami kongsikan lagi.

Leave a Reply