0

Cart

Kewajipan pemakaian pelitup muka selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan melalui Garis Panduan Interim berkaitan Nasihat Penggunaan Pelitup Muka Dalam Konteks COVID-19 bertarikh 5 Jun yang lalu, sama seperti yang dinasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mulai 1 Ogos , semua rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak seperti pasar , kedai runcit yang sesak, dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Sentiasa mengamalkan pendekatan 3W (wash, wear, warn) dan mengelakkan 3S atau 3C (sesak, sempit, sembang dekat). Langkah-langkah lain seperti mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dan memastikan jarak sosial yang selamat (tidak kurang dari 1 meter), adalah lebih penting dilaksanakan bagi mencegah penularan COVID-19 dari manusia ke manusia.

Leave a Reply