0

Cart

Lakukan 2 Perkara Penting Ini Supaya Mudah Kejut Anak Bangun Sahur.

Antara Kunci utama untuk mereka mudah bangun adalah 2 faktor ini iaitu:

A. MINDSET
B. Fisiologi Badan.

1. Ubah Waktu Tidur

Ini amat penting lagi-lagi jika sebelum ini di waktu Ramadhan, mereka sudah biasa tidur lewat. Maka ketika bulan Ramadhan penting untuk si dia dibina tabiat baru iaitu tidur lebih awal.

Semakin awal tidur, semakin bertenaga dan bersemangat anak anda untuk bangun sahur. Apabila Fisilogi mereka cergas, badan pun rasa bertenaga, minda jadi ‘alert’.

Bila Mereka ‘happy’ , tugas anda pun jadi mudah dan tenang.
.
.
2. Pesanan Sebelum Tidur

Ini penting supaya anak dapat menetapkan ‘MINDSET’ untuk dirinya sendiri. Nanti si dia pun mudah bangun dengan tenang.

Contoh peringatan yang boleh dilakukan:
“Sayang, esok mama akan kejut awak untuk bangun sahur pukul 5 pagi, okay?”

Bangun sahur adalah aktiviti yang penuh manfaat dan barakah.
Apabila ketenangan dan senyuman menghiasi waktu pagi, nikmatnya rasa.
Selamat mencuba.

Leave a Reply