0

Cart

 Nak Rumah Lebih Tenang dan Nyaman — Tanpa Suara Jeritan Memarahi Kesalahan Anak yang Buat Perangai? 

Musim PKP ini menyaksikan sesuatu yang jarang-jarang berlaku. Bekerja dari rumah bersama seluruh ahli keluarga.
Hari ini sudah masuk hari ke 30.

Pelbagai ragam yang ibubapa hadapi dengan anak-anak.

Anak-anak sendiri yang sudah biasa keluar jalan-jalan, kini juga terperap di rumah. Tidak dapat bermain di taman permainan dan sebagainya. Jadi mereka juga menghadapi tekanan tersendiri.

Maka apa langkah terbaik untuk dibuat bila anak buat kesalahan?

Baca tips yang dikongsikan oleh seorang bapa bernama Taufiq Razif ini. Berkesan menurut beliau.

Bila anak buat kesalahan, lakukan 2 perkara ini :

1. Kurangkan BETULKAN kesalahan anak dengan SUARA & JERITAN kita

2. Banyakkan BETULKAN anak dengan menggunakan PERBUATAN kita (demonstrate)

Contohnya:

Bila anak tumpahkan makanan, daripada kita jerit jerit marahkan anak, lebih baik kita ambil kain, bagi kat tangan anak dan minta anak lap bersama sama.

Ya, itu paling efektif dan mudah.

Leave a Reply