0

Cart

Pastikan Tiada KOMUNITI kita sedang lapar!

Salah satu tanggungjawab jiran atau komuniti yang baik ialah mereka yang dapat memastikan tiada keluarga yang berada dalam kelaparan.

Diatas rasa tanggungjawab inilah platfrom ZeroHunger.MalakatMall.com

ini diperkenalkan.

Bayangkan keluarga yang mempunyai anak kecil, yang mana ibu dan ayah nya tidak mempunyai atau tiba-tiba hilang punca pendapatan atau di timpa musibah? Bayangkan anak-anak mereka yang menangis kelaparan..sayu dan betapa pilunya situasi ini..inilah hakikatnya yang mungkin kita tak nampak.

Dikala kita mempunyai cukup makan dan bergaul mesra dengan anak-anak dan menonton TV, ada dikalangan jiran kita yang sedang menahan kelaparan, ada dikalangan anak kecil mereka yang menangis mahukan susu.

Si ayah dan ibu buntu sehingga bertelagah sesama sendiri kerana tertekan dengan situasi yang sedang dialami.

Masakan kita sebagai jiran atau ahli komuniti mampu mendiamkan diri?

Dimanakah sihat belas ehsan dan rasa tanggungjawab kita?

Tapi adakalanya bukan kita yang tak nak membantu, cumanya kita tak tahu yang ada dikalangan jiran kita berada dalam kesusahan.

Ini lah tujuan utama platform ZeroHunger.MalakatMall.com

 diwujudkan.

Ia merupakan landasan buat kita mengenal pasti jika ada kes-kes jiran yang mempunyai masalah sehingga mereka hidup dalam kelaparan.

Di platfrom inilah mereka yang mempunyai masalah makanan boleh mendaftarkan diri mereka supaya komuniti berkenaan boleh mengambil inisiatif bagi membantu mereka.

Jika inilah mindset, cara hidup dan amalan mengambil berat yang kita amalkan, Insya Allah komuniti kita akan menjadi komuniti yang hebat. Bukan itu saja, kita jugak akan mampu memastikan sifar kelaparan “Zero Hunger” akan tercapai dikawasan kita.

Bagaimana website ini berfungsi:

1. Keluarga yang memerlukan bantuan boleh mendaftar di website ini, dari sini komunitinya akan tahu yang ada keluarga di dalam komuniti mereka berada dalam kesusahan dan perlukan bantuan.

2. Individu-individu mahupun NGO di dalam komuniti itu boleh memberi bantuan kepada keluarga yang berada dalam kesusahan dalam komuniti anda.

3. Jiran-jiran atau individu yang tahu adanya keluarga yang berada dalam kesusahan boleh mendaftar keluarga berkenaan bagi membolehkan ahli komuniti membantu mereka.

Inilah 3 fungsi utama website ZeroHunger.MalakatMall.com ini.


Jadi kepada semua komuniti jom bersama-sama kita manfaatkan website ini demi menjadikan komuniti anda satu komuniti yang sifar kelaparan menjelang 2030.

Leave a Reply