Nak Masak Rendang Daging Dendeng untuk Raya?

Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-bahan:
2 kg daging
5-6 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
Kicap lemak manis
Kicap masin
Garam secukup rasa

Gula secukupnya
Bahan Kisar:
4 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih

Cara-Cara:
1. Daging dipotong dua atau tiga ketul. Rebus daging dalam 30 minit atau sehingga tidak ada darah. Hiris daging nipis.
2. Tumbuk ketuk daging hingga agak-agak pecah urat sahaja. Ketuk dari tepi dulu sebelum ke bahagian tengah.
3. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diketuk tadi.
4. Goreng daging seketika hingga agak perang sikit. Angkat dan ketepikan.
5. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar hingga wangi.
6. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan garing serta pecah minyak.
7. Masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan garam serta gula, jika perlu.
8. Setelah pecah minyak, masukkan daging yang siap digoreng. Kacau sampai sebati.
9. Kecilkan api, biar mereneh lama hingga kering sikit. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan daging.

No products were found matching your selection.