Nak Masak Kuah Kacang Daging Viral untuk Raya?Kami kongsikan resepi trending di bawah:Bahan-Bahan:3-4 kg daging – potong kecil dan rebus2 kg kacang tanah2 cawan cili kering kisar2 1/2 cawan gula pasir perang16 sudu besar gula pasir – atau secukup rasa3-4 keping gula Melaka3 sudu besar garam kasar – atau secukup rasa4 cawan minyak jagung24 batang serai16 cawan air atau secukupnyaBahan kisar:5 biji bawang besar20 biji bawang merah12 ulas bawang putih4 inci halia4 inci lengkuasCara-Cara:1. Kacang tanah digoreng dalam minyak yang panas. Perlahankan api dan terus digoreng sehingga kekuningan dan kacang masak.2. Masukkan dalam plastik dan dihentak hentak. 3. Kemudian tampi kacang tersebut untuk membuang kulit sebelum dikisar. Nota: Boleh bakar kacang menggunakan oven jikalau tidak mahu goreng kacang)4. Kacang tanah dikisar dengan air tidak terlalu hancur, sekadar untuk menggerakkan blender.5. Tuang ke dalam periuk dan tuang sedikit air.6. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang.7. Panaskan minyak jagung dan tumis bahan kisar sehingga wangi.8. Setelah garing, masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan.9. Setelah cili garing dan terbit minyak, masukkan kacang yang direbus, gula perang, gula Melaka dan garam.10. Kemudian masukkan daging yang telah direbus dengan air.11. Masak dengan api perlahan dan mereneh sehingga kuah pekat.

No products were found matching your selection.