Nak Buat Kuih Bahulu untuk Raya?Kami kongsikan resepi Kuih Bahulu trending di bawah:Kuih BahuluBahan-Bahan:1 mangkuk telur gred B atau gred C1 mangkuk tepung gandum1 mangkuk gula pasir2 sudu kecil esen ros – atau perisa yang disukaiBahan-Bahan:1 mangkuk telur gred B atau gred C1 mangkuk tepung gandum1 mangkuk gula pasir2 sudu kecil esen ros – atau perisa yang disukaiCara-Cara:1. Tepung gandum digoreng dalam kuali tanpa minyak untuk mengeringkannya.2. Tepung yang kering dan ringan akan menjadikan kuih bahulu lagi sedap dan tahan lama.3. Goreng sehingga bila dikacau, tepung seolah berterbangan dan berbau harum. Tandanya dah kering.4. Biarkan tepung benar benar sejuk sebelum diayak dan sedia untuk digunakan.5. Putar telur, gula dan esen ros sehingga benar benar putih dan benar-benar kembang.6. Ambil 2 senduk adunan telur dan masukkan 3 sudu tepung gandum dan dikaup balik. Tujuan kaedah dikaup balik adalah supaya ianya dapat memerangkap udara. Jadi kuih bahulu akan lebih ringan dan tahan lama. Jika kurang gandum, boleh tambah.7. Masukkan acuan ke dalam ketuhar dan panaskan seketika sebelum dileser dengan minyak masak.8. Tuang adunan ke dalam acuan sehingga habis kesemuanya.9. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau sehingga berwarna keemasan. Sedia untuk dihidang.

No products were found matching your selection.