Nak Masak Lemang Viral untuk Raya?

Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut
3-4 biji kelapa (ambil santannya)
2 batang buluh sederhana besar
Garam

Cara-Cara:
1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
2. Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut lengkungan buluh.
3. Masukkan beras pulut yang telah ditoskan dan tidak terlalu penuh.
4. Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan kacaukan. Kemudian, tuangkan ke dalam buluh.
5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan dan dipadatkan dengan menghetak perlahan buluh tersebut agar masaknya sama rata.
6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.

No products were found matching your selection.