Nak Buat Rempeyek Viral untuk Raya?Kami kongsikan resepi Rempeyek Viral trending di bawah:Rempeyek ‘Viral’Bahan-Bahan:2 cawan tepung beras (cap teratai)Sebiji telurSetengah kotak kecil santan2 ulas bawang putih (ditumbuk)1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil jintan putihIkan bilis (ditumbuk sedikit)Ikan bilisKacang tanah (tidak perlu disangai ataupun dijemur)2 cawan airGaramCara-Cara:1. Masukkan tepung beras, telur, santan, bawang putih, jintan manis, jintan putih, ikan bilis tumbuk, air dan garam di dalam bekas.2. Gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga semuanya sebati.3. Kemudian panaskan kuali berisi minyak.4. Rendamkan sudip di dalam minyak panas tersebut.5. Kemudian, letakkan sedikit bancuhan tepung tadi ke atas sudip yang panas.6. Ratakan nipis bancuhan tepung ke atas sudip.7. Letakkan kacang dan ikan bilis di atas bancuhan tepung di sudip tersebut.8. Masukkan sudip berisikan bancuhan tepung, kacang dan ikan bilis ke dalam minyak.9. Biarkan bahan tersebut lurut daripada sudip apabila dimasukkan ke dalam minyak.10. Biarkan rempeyek berenang sebentar di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dan rangup.11. Angkat rempeyek daripada kuali dan toskan minyaknya ke tepi.

No products were found matching your selection.