Nak Masak Rendang Tok Viral untuk Raya?Kami kongsikan resepi trending di bawah:Bahan-Bahan:2 kg daging – potong kiub5 biji kelapa (santan)½ plastik kecil / 1½ sb jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk2 plastik kecil / 6 sb jintan manis )1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukaiKerisik – 1 biji kelapa1 ketul gula melaka2-5 helai daun kunyit – hirisLengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas sajaBunga lawang, kayu manis, buah pelaga1 keping Asam kepingSedikit belacanGaramGulaBahan hiris halus:30 ulas bawang merah10 bawang putih5 cm halia5 -7 batang seraiCara-Cara:1. Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.2. Perap dengan daging selama dua hingga empat jam. (Boleh gunakan pressure cooker)3. Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan.4. Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam.5. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Perlu dikacau dengan kerap supaya tidak hangit.6. Masukkan daun kunyit dan asam keping.7. Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

No products were found matching your selection.