0

Cart

Bila bercakap mengenai barangan ‘Buy Muslim First’, mungkin agak sukar untuk mendapatkannya di semua tempat. Tapi tahukah anda, di Raudhah Grocer, terdapat lebih 80 peratus barangan BMF di ketengahkan di pasaraya ini.

Malah, jika anda menjejakkan kaki ke Raudhah Grocer, anda mungkin akan menemui jenama produk BMF yang jarang-jarang anda temui di tempat lain.

Kami senaraikan lima barangan BMF yang ‘rare’ untuk anda!

1. Miswak Cutter Case

Miswak Cutter Case produk dari THIS Toothbrush Malaysia menyimpan dan memelihara kayu sugi anda terdedah daripada kekotoran.

Penutup yang direka khas untuk memotong bahagian kayu sugi yang telah kering. Mudah untuk dibawa kemana-mana.

2. Kembara Meals

Kembara merupakan makanan ‘ready to eat’ yang sesuai untuk penggemar aktiviti outdoor, dan kaki travel. Menyediakan pelbagai pilihan menu dan boleh dinikmati hidangan panas tanpa menggunakan api atau dapur.

Kembara mampu memanaskan makanan anda dalam tempoh minit minit sahaja menggunakan air panas. Pembungkusan Kembara direka khas dengan kombinasi beberapa lapisan yang berbeza fungsinya dan tahan untuk melalui proses pemanasan.

3. Aisyah Sleepy

Aisyah Sleepy Malaysia adalah tuala wanita pertama yang menggunakan kombinasi teknologi fiber kapas dan buluh di negara ini yang. Lebih membanggakan ia diusahakan sepenuhnya oleh pengeluar Muslim yang dibawa khas dari Turki.

Fiber buluh memiliki kelebihannya tersendiri di mana ia memiliki kekuatan daya serapan lebih empat hingga lima kali ganda berbanding fiber kapas yang kebiasaannya dijual di pasaran.

4. Freezy Layer Cake by MyZiff Bakers

Ini bukan kek lapis Sarawak ya, tapi ini kek sejuk beku yang rasanya sama seperti menikmati aiskrim.

Kek ini didatangkan dalam pelbagai perisa seperti kek sejuk beku pelbagai cita rasa antaranya Benji roll, nanas, durian, neapolitan, blueberry, strawberi, coklat dan chocoberry.

Semua sedap dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga pada bila-bila masa!

5. Potong Guler

Umum mengetahui kelebihan stevia sebagai pengganti gula yang bukan sahaja mempunyai rasa manis semulajadi, bahkan ia tiada kalori, tanpa lemak dan bebas kolesterol.

Susu pekat manis penuh krim LeTing yang diperbuat dari campuran susu lembu dari New Zealand dengan ekstrak stevia.
Pertama di Malaysia, susu pekat manis penuh krim LeTing yang merupakan satu-satunya susu pekat yang diperbuat dari susu lembu dan campuran stevia.

Bagi anda yang teringin nak dapatkan produk-produk unik keluaran BMF ini, marilah kunjungi Raudhah Grocer di Malakat Mall!!

Leave a Reply