0

Cart

Siapa pernah mengidam buah honeydew tapi bila balik dan potong, alamak, tak berapa manis rasanya. Nah, selepas ini tiada lagi.

Kami dah temui formulanya.

Ia dikongsikan oleh Cikpuan Nurul Fazrena Kamal dalam halaman facebooknya. Mari kita ikuti cerita beliau mengenai 6 formula beliau untuk pilih honey dew yang ranum, ‘juicy’ dan manis.

~~~

Suka honeydew?

Kami suka. Bukan honeydew je, kami suka buah. Potong kecik- kecik, simpan dalam tupperware, bawak masuk fridge. Makan sejuk-sejuk, best awak! Bagus dijadikan snack sihat seisi keluarga.

Hari ini, Ena nak share tips yang selalu Ena buat kalau nak beli buah honeydew.

1) BAU DI BAHAGIAN TANGKAINYA
Ada bau manis dan fresh tak? Kalau ada, ambil. Kalau tak ada, yok kita move on bau buah honeydew yang lain pula. Bila ada bau tu maksudnya dah masak tu ????
.
.
2) TENGOK KULIT DIA, SHINING TAK?
Kalau berkilat licin, letak. Cari yang lain. Cari yang kulitnya nampak dull, sebab kalau berkilat biasanya kerana dipetik sebelum ianya masak. Atau belum masak lagi tu. Muda.
.
.
3) WARNA KULIT
Pilih yang warna kuning ya. Bukan putih. Bukan hijau ???? Kuning tanda dah ranum.
.
.
4) BERATNYA SESUAI TAK DENGAN SAIZ
Agak-agak berat buah tu sesuai tak dengan saiznya? Pilih buah yang ‘eh saiz ko macam ni je, awat berat kemainn nih?’. Buah yg beratnya macam terlebih berat berbanding saiz ni maksudnya isinya juicy awak.
.
.
5) KULIT BROWN SPOT
Ada tak nampak macam brown spot. Kawasan coklat-coklat tu. Ha, pilih buah yang ada tanda macam ni ya. Lagi besar tanda tu lagi bagus. Selalu kita tak pilih kan, sebab nampak buruk je, tapi sebenarnya itulah penanda buah yang manis. Takkan nak buah juicy jekan tapi tawar, mestilah nak yang juicy lagi manis gitu.

Brown spot ni tanda lebah dah pernah datang pada bunga buah ni.

6) GONCANG BUAH TU. SLOW JE.

Jangan sampai tercampak pula! Dengar, ada bunyi tak? Jika ada bunyi sikit, tu tanda dah ranum dan mekar. Bunyi bijinya tu, dah mulai lekang.

~~

Nah, itulah caranya. Ramai yang dah cuba dah berkesan.
.
Sebarkan formula ini!
Kini lebih ramai keluarga dapat nikmati buah tembikai susu yang ranum, ‘juicy’ dan manis. InsyaAllah 

Leave a Reply