0

Cart

setiap minggu ada sahaja perubahan dan ‘update’
inisiatif terkini yang berlaku.

Semakin lama dapat dirasakan semuanya secara keseluruhan semakin baik. Kan?

Ya. Setiap hari, usaha-usaha dirangka dan dilaksana.

Barisan pengasas, kepimpinan dan eksekutif projek Raudhah Grocer adalah terdiri daripada mereka yang sudah berpengalaman dan sudah ada bisnes sebelum ini yang berjaya.

Raudhah Grocer juga adalah satu projek yang mendapat sokongan banyak NGO dan organisasi. Terkini pihak kementerian pembangunan usahawan sendiri menyatakan sokongan.

Kunci kepada perkara kejayaan sesuatu bisnes pada era ini adalah gerak kerja yang pantas yang disertai dengan ilmu, strategi, dan taktik ala-ala gaya ‘startup’ berjaya. Daripada ‘feedback’, cepat-cepat kita tingkatkan dan ubah.

Dari masa ke semasa semakin baik dan baik.
Berterusan berusaha untuk mencapai sasaran.

Lagi-lagi dalam era Covid-19 ini.
Menurut kajian, mereka yang paling cepat dapat ‘adapt’ dan ‘evolve’ bangkit dari situasi terburuk ekonomi dalam sejarah ini adalah golongan usahawan berjaya.

Bersyukur kita bahawa projek Raudhah Grocer, KoPPIM dan sebagainya diketuai oleh barisan usahawan dan pengurusan yang kompeten dan mempunyai semangat perjuangan demi ummah.

Anda kunci kemenangan ini, tiada sokongan anda, tidak berguna apa yang mereka lakukan. Mereka hanyalah pemegang amanah.

Kunci kemenangan ini adalah melalui kita BERSATU BERJUANG BERSAMA.
AllahuAkbar!

Selamat Malam Tuan Puan Yang DikasihiNya

P/S Gambar ‘throwback’ ketika pengasas Raudhah Grocer dijemput bertemu dengan pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tempoh hari.

Leave a Reply