0

Cart

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda :

“Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya,

kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah),

kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya.

Sekiranya dia mahu berbaring, berbaringlah di sebelah rusuk kanannya dan berdoa;

Maha suci Engkau, Ya Allah Wahai Tuhanku, dengan namaMu aku berbaring, dan dengan namaMu aku angkat pinggangku. Jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah keampunan kepadanya dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah sebagaimana hamba-hambaMu yang soleh.”

Hadith Riwayat Muslim (2714)

#AmazingSunnah

Perkongsian ini dibawakan dengan kasih dan sayang oleh
#RaudhahGrocer ~ Lebih dari sekadar tempat shopping barang kering dan barang basah. Ini adalah platform perjuangan dan bersatu kekuatan.

Leave a Reply