Malakat Grocer

Pendidikan Percuma

Pendidikan Percuma Untuk Anak Anda

Tuan-tuan yang mulia, kita berada pada hari Jumaat, Sayiddul Ayyam iaitu penghulu segala hari.
Pastinya kita sebagai seorang Islam harus percaya hari ini lebih baik daripada semalam.
Macam mana kita nak ubah diri kita lebih baik dari semalam? Kita kena fikir dan risau umat. 

Bila kita fikir dan risau umat, ALLAH akan datangkan nusrah atau bantuan dalam banyak cara.
Cara yang paling simple ialah ALLAH bagi kita idea.
Topik hari ini ialah idea pendidikan percuma atau free education.

Daftar Sekarang
Bangsa Melayu

Apa Itu Pendidikan Percuma?

Apa maksud free education ini? Kita ada ramai ibubapa dan para pelajar. Di antara perkara yang paling dirisau oleh ibubapa ialah pendidikan anak mereka. Kalau sekolah rendah dan menengah, kita punyai banyak pilihan.

Tetapi yang lebih dirisaukan oleh ibubapa ialah pendidikan selepas SPM iaitu pendidikan di kolej, universiti dan sebagainya. Sebab itu macam-macam pelan pendidikan ditawarkan seperti pelan takaful, simpanan, unit trust dan sebagainya.

Tapi bangsa Melayu kurang menggunakan pelan-pelan ini

Alhamdulilah kami di malakat ini dikurniakan ALLAH satu kapal yang kami rasa cukup besar yang boleh kita kemudi dan bawa ramai orang untuk diselamatkan.

Kalau di kolej swasta, biasanya berapakah yuran tuisyennya? Kalau ibubapa yang punyai anak yang masih kecil di tadika dan sekolah rendah, ini adalah untuk anda. Kita nak tawarkan pendidikan percuma kepada jumlah pemohon yang terhad.

Kos Pendidikan Akan Terus Meningkat

Kos tuisyen  di kolej swasta biasanya di antara RM20,000 hingga RM70,000 setahun. Untuk diploma, yuran biasanya di antara RM20,000 hingga RM30,000. Jumlah ini besar dan ini kos sekarang.

Tapi jika punyai anak berusia 5 tahun, ini bermakna 12 hingga 15 tahun akan datang jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana nilai matawang akan jatuh. Bagaimana pun, ramai yang tak tahu yang kami punyai kolej sendiri.

Kita ada kolej swasta yang dipanggil Raudhah College. Kolej ini asalnya hanya menawarkan pendidikan awal kanak-kanak. Kini kami ada pelbagai program seperti Diploma Bisnes, Diploma Kulinery, Diploma Pendidikan, Diploma Perakaunan dengan kerjasama antaranya kolej di Australia.

Apa program yang ditawarkan ?

Pendidikan Percuma di Raudhah College

Saya nak tawarkan pendidikan secara percuma dengan syarat tuan puan kena belanja barang runcit. Sebelum ini kami tawar tanah. Kali ini kami tawarkan pendidikan percuma di Raudhah College.

Tak perlu bayar apa-apa kos pelajarannya. Pada waktu ini kami ada beberapa blok kolej di Malakat Mall.

Kami akan berkembang dan akan membeli beberapa aset strategik agar para pelajar kami dapat belajar dalam suasana kampus yang sebenar.

Insya-ALLAH apabila anak-anak tuan puan dah besar, kampus kami dah lebih besar. Apa syarat untuk dapat pendidikan percuma ini? Siapa yang berminat, nyatakan minat dan team kami akan beri borang.

Bagaimana?

Syarat Mendapat Pendidikan Percuma

Apa yang tuan puan perlu lakukan ialah memindahkan belanja runcit ke Malakat Grocer. Tawaran ini kami fokuskan kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor dahulu. Mereka yang tinggal di luar kawasan ini belum boleh kerana kami tiada Malakat Grocer lagi.

Kita dalam proses membuka lebih banyak Malakat Grocer. Kalau jauh tetapi dalam kawasan Lembah Kelang, anda boleh gerak ke Malakat Grocer di Cyberjaya selepas subuh.

Dalam masa 30 minit boleh sampai

Tentulah kalau ingin mendapatkan sesuatu tawaran kita kenalah berkorban sedikit dengan hanya membeli barangan runcit sahaja. Saya tak meminta anda berbelanja lebih atau shopping lelain barangan.

Syaratnya, tuan puan pindah belanja untuk tempoh minima 10 tahun. Pada setiap pembelian yang anda buat, anda akan menyumbang kepada tabung pendidikan anak anda. Kami hanyalah pemegang amanah yang mengagih kekayaan.

Potensi Raudhah College Sebagai Kolej Pilihan Utama

Tawaran pendidikan percuma ini adalah untuk anak tuan puan. Insya-ALLAH dalam tempoh 5 tahun, Raudhah College akan menjadi kolej pilihan pertama dalam negara ini. Sebabnya? Sebab Raudhah College menawarkan program yang membolehkan para pelajarnya mendapat ‘work-ready graduate’ (graduan yang ada kerja) yang terjamin.

Setakat ini tiada kolej yang menawarkan jaminan pekerjaan. Para pelajarnya boleh buat pilihan, hendak buat kajian perniagaan atau IT, di mana ada School of Blockchain dan School of Coders untuk menyediakan para pelajarnya dalam suasana pekerjaan.

70 % latihan praktikal akan diutamakan. Para pelajar ini perlu latihan hands-on. Jika tuan puan mahukan tawaran ini, seperti biasa taklimat saya ini akan ditranskrip dan kami akan hebahkan kepada anda. Untuk ibubapa Brainy Bunch, anak-anak anda kini dalam sekolah Brainy Bunch. Mereka masih muda dan masih kecil. Anda perlu merancang sekarang.

Kalau anda berbelanja,

anda tak rugi apa-apa pun sebab

anda dapat barangan yang dibeli.

Insya-ALLAH barangan kami punyai harga berpatutan. Anda sememangnya kena belanja beli beras, ayam sebagai barangan keperluan.

Tawaran ini berbeza dengan pendidikan percuma RM100,000 yang kami tawarkan sebelum ini. Tawaran itu adalah untuk sekolah rendah dan menengah. Pakej ini ditawarkan dengan cara memindah perbelanjaan untk pendidikan diploma.

Raudhah College diketuai oleh Maulana Dr. Taha Omar untuk kolej di Malakat Mall, Cyberjaya. Satu lagi cawangan di Bukit Merah, Perak. Untuk kolej di Johor, berdoalah agar ada Malakat Grocer di sana di mana tuan puan boleh berbelanja di sana.

Tawaran Work-Ready Dan Work-Guarantee

Bagaimana pun tuan puan boleh mengisi borang. 

Ajaklah kawan-kawan supaya anda tak perlu risau tentang pendidikan anak-anak anda kerana Raudhah College dah beri tawaran work-ready dan work-guarantee. 

Sebab apa kita fikir begitu? Bila ada orang kata Coach Fadzil hendak jual produk dia, saya berasa penat memberi penerangan. Walaupun penat, tak mengapa. Saya pun dah bekerja selama 22 hari setakat ini di Malakat Mall untuk fikir risau tentang masalah rakyat.

Kita bukannya wakil rakyat tetapi yang Nabi sebut ialah, ‘Setiap daripada kita adalah pemimpin.’ Oleh kerana kita fikir risau tentang umat inilah, maka ALLAH dah bagi kita macam-macam idea. Di tangan kita ada kolej, grocer, Malakat Mall, IT dan macam-macam yang ALLAH dah beri.

Apa yang kita nak gunakan ialah untuk memberi manfaat. Kalau tuan puan berbelanja runcit, dalam masa 10 tahun, tuan puan akan menghantar anak tuan puan untuk sambung belajar. Mana ibubapa yang tak mahu hantar anak mereka menyambung belajar?

Mungkin ada yang kata, bagaimana kalau anak saya tak mahu sambung belajar? Tentulah kerana tawaran ini percuma, kalau hendak ambil boleh ambil. Kalau tak hendak ambil, tak akanlah kami pula yang kena bayar pada tuan puan?

PENDIDIKAN PERCUMA ELAK BERHUTANG

Cuma kita akan peruntukan dana untuk diberi kepada anda. Sebab ia kolej kita dan kos kita, maka saya tak perlu tambah kos yang besar. Kami tak mahu anak-anak kita nanti terikat dengan hutang pendidikan melalui pinjaman.

Ada banyak pinjaman seperti pinjaman PTPTN, bank atau koperasi. Yang lebih teruk ialah kita terlibat dengan riba. Tapi kita tiada pilihan kerana terpaksa. Tak mengapa kerana kita anggap ia darurat.

Contohnya macam makan babi. Babi boleh dimakan bila darurat, tapi tak bolehlah makan sampai bila-bila. Dulu kita terpaksa ambil pinjaman dan sebagainya kerana terpaksa akibat tak ada pilihan.

Tetapi untuk anak kita, anda hanya perlu berbelanja di Malakat Grocer minima RM300 sebulan. RM300 itu tak banyak terutamanya bila ada anak. Ini adalah di antara risau fikir kita kerana ummah.

MENGHARAP DAN MENDAPAT BANTUAN ALLAH

Saya nak buktikan cinta dan kasih sayang saya kepada sesama Islam yang punyai pelbagai masalah.Untuk masalah kewangan, kami dah buat macam-macam peluang perniagaan. Kami dah lakukan dan ALLAH datangkan nusrah lurbiasa dalam pelbagai cara.

ALLAH hantar stesyen minyak, stesen LRT dan pelbagai cara untuk bantu kita. ALLAH datangkan idea untuk buat TeaAmo. Kami baharu kembara 22 hari lalu dan kami dah capai pelbagai perkara.

ALLAH datangkan kerjasama dengan Zull Design.
Untuk masa akan datang jika anak-anak minat dengan automatif. Kita dah ada Malakat Autocity, di mana kita dah ramai otai-otai yang buat kolej training latihan mekanik.

70 % belajar dan buat, 30 % ilmu, kami bagi. Kita ada pelbagai restoran, dapur pusat, kedai-kedai retail, komoditi, IT di mana kita ada pasukan yang besar dan ia berkembang pantas kerana kami hendak bina sesuatu seperti Google.

PARA PELAJAR BOLEH JADI RAKAN NIAGA

Ada banyak peluang dan kami perlukan para pelajar yang akan jadi rakan atau staf kita. Kami fokus pada pembangunan rakan niaga supaya mereka menjadi pemilik bersama. Jadi dapatkan pendidikan percuma untuk anak-anak tuan.

Pindahlah belanja ke Malakat Grocer. Yang penting isi borang dulu. Siapa yang kata nak sahaja yang kami akan isikan borang. Kita boleh bagi dekat ramai orang. Jangan bimbang dengan tempat. Bila kita ada ramai pelajar, kita akan tambah fasiliti.

Kini kami sedang kembangkan mall kami dan juga grocer kami

Pendidikan percuma ini adalah untuk anak-anak anda yang habis SPM atau sekolah tahfiz, mereka boleh sambung diploma di Raudhah College di mana kita akan fokus kepada sekolah bisnes, teknologi dan kejuruteraan mekanikal dan mekatronik.

Tawaran hebat

Ia bukanlah sesuatu yang payah kerana kita punyai pengalaman menyediakan prasarana pendidikan kerana ada lebih 100 cawangan tadika

TAWARAN YANG BELUM ADA DALAM DUNIA

Ambil peluang ini dan tolong tag dengan kawan-kawan yang ada anak, saudara mara dan mereka yang punyai anak kecil supaya ambil tawaran ini. Mereka di Cyberjaya dan Putrajaya wajib ambil tawaran diploma kolej yang percuma hanya dengan cara berpindah belanja ke Malakat Grocer selama 10 tahun dengan minima belanja RM300 sebulan.

Ini tawaran yang tak ada orang offer dalam dunia. Hanya perlu pindah belanja sahaja. Doakan agar ramai yang ambil pendidikan percuma ini di mana anak anda telah terjamin pendidikan hanya dengan berpindah belanja.

Jangan bimbang tentang tempat. Kami dah ada dua cawangan iaitu di Cyberjaya dan Bukit Merah. Insya-ALLAH bila sampai masanya kita akan ada cawangan di seluruh negara.

PENDIDIKAN 70% LATIHAN PRAKTIK

Sistem kita mengutamakan

latihan 70 % praktikal

Kerana anak-anak hari ini dan esok ialah anak-anak yang praktikal Kalau teori, mereka akan tidur sebab tak tahu nak buat apa. Kita dulu boleh dengar kuliah. Budak-budak sekarang hanya tahan 5 minit. Masuk minit ke-10 mereka dah bosan.

Itulah yang berlaku kerana keadaan dah berubah. Insya-ALLAH kami akan sentiasa berubah. Ini adalah komitmen saya.

BOLEH PERCAYA KE COACH FADZIL, NI?

Kepada siapa yang tak kenal, ‘Coach Fadzil ni boleh percaya, ke?’

Saya adalah pengasas Brainy Bunch, Malakat Mall serta lebih 40 syarikat yang sedang berkembang.

Kita ada platform online, payment gateway sendiri, syarikat website hosting, syarikat IT dan insya-ALLAH pada minggu depan kita akan lancarkan marketplace online iaitu malakat.com.

Dulu kami berhutang belajar. Saya pun ada ambil hutang dengan kerajaan negeri. Saya pinjam RM3,000 dari kerajaan negeri Selangor sebab UiTM murah kos pendidikannya. Terima kasih UiTM.

TapI orang lain yang saya kenal ambil pinjaman PTPTN paling-paling koman pun RM30,000. Pergi belajar dengan kerajaan pun RM30,000 juga. Jadi ini tawaran berdasarkan fikir risau umat yang mana ALLAH bagi ilham.

Kita terus buat tawaran dan komitmen. Ini adalah tawaran yang benar, bukan scam  di mana tuan hanya perlu pindah belanja ke Malakat Grocer dengan belanja RM300 sebulan untuk minima 10 tahun.

BAGAIMANA JIKA ADA 5 ORANG ANAK?

Macam mana jika ada 5 orang anak? Apakah hanya seorang yang dapat? Macam mana dengan anak-anak saya yang lain? Inilah yang dikatakan ikram muslimin. Kita nak muliakan dan saya ambil tanggungjawab memberi pendidikan percuma untuk kelima-lima orang anak.

Mungkin pihak lain yang patut buat. Pihak kerajaan ada masalah lain. Saya nak bantu kerajaan dengan cara berbelanja di Malakat Grocer. Cari seramai mungkin kawan-kawan insya-ALLAH nusrah ALLAH ada bersama kita.

Kita adalah pengagih kekayaan. Hari ini kekayaan dunia hanya berlegar kepada 3 % manusia. Mereka menguasai 97 % kekayaan dunia. Dari mana mereka ambil kekayaan itu? Dari anda! Bila kita berbelanja secara online dan offline kita sebenarnya memberi kekayaan kepada mereka.

STRATEGI UNTUK KITA BEBAS RIBA

Kekayaan yang mereka ada mereka hanya beri sedikit kepada kita. Tetapi kami kumpulan Malakat Mall adalah gerakan perniagaan untuk mengagih semula kekayaan dengan perancangan bebas riba untuk 20-30 tahun hingga tak ada orang yang ambil pinjaman riba.

Saya akan kongsikan idea baharu macam mana hanya dengan RM100 dapat rumah yang betul. Ini satu kempen yang besar tapi akan diberitahu kemudian. Hari Jumaat ini kita lancarkan pendidikan percuma dahulu.

Semoga ALLAH terima ini sebagai amal kita dengan usaha kita untuk mendapat nusrah ALLAH semoga insya-ALLAH, inipun usaha-usaha yang kita nak minta kepada ALLAH. Kita pergi kepada ALLAH berjalan, ALLAH datang kepada kita berlari.

Kita berusaha nak putuskan rantaian pinjaman riba khususnya dalam pinjaman pendidikan

Majoriti mereka yang 10 tahun lebih muda daripada saya kini menanggung hutang samada membayar hutang PTPTN ataupun hutang-hutang pendidikan yang lain.

Kalau mak ayah macam tu, janganlah biarkan anak-anak anda begitu. Andalah yang harus putuskan rantaian riba itu hanya dengan menukar perspektif lalu menukar tindakan. Kita kena tukar gol iaitu tidak mahu pinjaman pendidikan.

Bila tak hendak pinjaman pendidikan, ALLAH akan berikan perspektif yang berbeza.

Niat insya-ALLAH, ALLAH akan tolong. Isi borang dan ajak kawan-kawan kita. Bisikan kepada mereka yang kita tak perlu buat pinjaman pendidikan kerana sudah ada pendidikan percuma.

Jomlah kita  sertai program untuk sediakan pendidikan anak kita. Kalau ada 5 orang anak dan belanjanya RM30,000, kita kena berbelanja RM150,000 untuk mereka. Anda boleh jimatkan wang  hanya dengan mengubah perbelanjaan di Malakat

INI MACAM SCAM, AJE!

Cuba usaha insya-ALLAH, ALLAH akan beri kejayaan. Ada orang tanya, ‘Coach, cukup ke duit you nanti? Boleh bagi ke? Boleh percaya ke? Ini scam, ni  sekadar nak dapat sales Malakat Grocer. Bila you kaya raya, selepas 10 tahun you dah hilang!’

Saya nak beritahu tuan puan, saya memiliki sekolah Brainy Bunch di Cyberjaya yang bernilai RM100 juta lebih. Bangunan itu besar di tanah 5 ekar. Saya sendiri membina Muslim Village yang saiznya 200 ekar yang saya sendiri akan tinggal di sana, insya-ALLAH.

Kita pun dalam proses nak beli Malakat Mall yang berharga kebih RM100 juta, kalau saya hidup di zaman Nabi Sulaiman, bolehlah saya lari dengan pindahkan bangunan sekali. Tapi takkanlah saya yang bina aset-aset strategik untuk ummah dengan menyatukan kekuatan supaya membantu yang lemah agar semua orang jadi kuat nak buat begitu?

Apa yang saya buat ini no brainer sebab negara-negara maju seperti Switzerland dan Norway dah buat. Cuma kerajaannya yang ambil tanggungjawab. Kerajan kita ada banyak kekangan, jadi biarlah.

PERBELANJAAN KITA MENGGANDA EKONOMI

Mereka dah buat yang terbaik. Biarlah kita dengan gerakan rakyat daripada bawah sebagai pengagih yang strategik. Bila kita berbelanja runcit, nilai dalam rantaian jadi berganda. Setiap RM1 yang dibelanja di Malakat Grocer, kita ada sub-pengedar dan pengedar.

Fokus kami ialah pada pengedaran itu. Setiap RM1, ia menjana pendapatan 3 kali ganda. Pendapatan yang 3 kali ganda itu adalah keuntungan 3 kali ganda. Keuntungan itulah yang kami berikan kepada tuan puan melalui pendidikan percuma.

Tentulah dalam tempoh berlalu pelbagai dana simpanan yang akan diberi kepada tuan puan apabila cukup masanya. Bukan kami beri kepada tuan puan tunai, tetapi membayar yuran kolej yang saya buat.

Raudhah College menjanjikan work-ready dan work-guarantee graduate dengan beradab. Itu yang penting. Jadi daftar dan ambillah tawaran ini. Semoga ALLAH swt memberi kita kefahaman untuk bertindak dan mengamalkan agama kita yang sempurna.

Jazakallah khair, saya Coach Fadzil yang mencintai anda demi anda semua untuk menyelamatkan kita dari siksa kubur dan kekalutan di padang mahsyar. Semoga ALLAH memberi kita kubur yang menjadi taman-taman syurga.

ALLAH memberi kita agar dapat jadi salah seorang dari 7 golongan yang dibantu pada hari yang tiada perlindungan. Semoga kita dapat buku amalan dengan tangan kanan dan meniti titian sirat dengan pantas dan masuk ke dalam syurga Jannatul Firdaus.

Doakan agar kita diberi keberkatan dan kejayaan akhirat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Daftar Sekarang