0

Cart

Pagi tadi di hadapan Raudhah Grocer berlangsung satu majlis ringkas penyerahan sumbangan sebanyak RM130,000 oleh Dato’ Nadzim Johan(Toqqi) kepada Coach Fadzil disertai Ustaz Firdaus Wong.

Ia adalah untuk projek ‘ZERO HUNGER’ anjuran Brainy Bunch Foundation dengan kerjasama Malakat Mall.

Allah jua yang Maha Membalas jasa baik sumbangan para penyumbang ini.
.
.
Alhamdulillah, sehingga kini, jumlah sumbangan telah mencecah lebih RM500,000 dari semua penyumbang.

Sehingga setakat 12 April, lebih 5000 keluarga dari permohonan hampir 80 ribu telah menerima sumbangan.

Jumlah dana yang keseluruhan yang diperlukan adalah RM4.8 juta dengan kos RM60 bagi sebuah keluarga.

Dana masih lagi belum cukup dan diperlukan untuk dapat membantu meringankan beban keluarga-keluarga ini.
.
.
Bagi yang mahu membuat dan menambah sumbangan, layari sadaqahmarket.com

Leave a Reply